Saturday, November 6, 2010

Vokal klasik Shanon




SHANON bukan nama baru. Malah, dikilas kembali, dia ialah pemenang Persembahan Vokal Lelaki Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 2006.

Vakum sebentar selepas menelurkan album Dilanda Cinta pada tahun 2006, kini vokal klasik Shanon boleh didengari kembali melalui album terbarunya.

Lebih lemak dan matang, dia sentiasa keluar dengan lagu-lagu yang segar serta diadun cantik dengan vokalnya yang unik lagi berbeza.

Penulis gemarkan lirik-lirik dalam album ini yang bersahaja dan dilihat bersifat kontemporari dan berterus terang.

Sebanyak 10 buah lagu dalam abum ini ditulis sendiri oleh Shanon.

Produksi album ini juga tersusun kemas hasil kerjasama Ariff Akhir dan Shanon. Penelitian terhadap kulit album juga patut diberikan pujian. Kulit album ini memberi dua dimensi Shanon yang serius dan juga ceria.

Buat Shanon, album ini memuatkan lagu-lagu yang positif dan gembira berbanding album perdananya dahulu.

Menariknya, album ini turut memuatkan sebuah lagu nasyid, Marilah Berhajat yang merupakan ekperimen pertama Shanon dalam lagu-lagu kerohanian.

Lagu ini turut dimuatkan dalam filem Karaoke lakonan Mislina dan Zahiril Adzim.

Sekadar renungan dan memetik lirik lagu Shanon, Bantuan Pasti Akan Tiba: "Semua orang ada keperluan, semua orang boleh membantu, semua orang ada kesedihan, yang boleh disembuhkan."

Komen Sofia: Gemar lagu Sejak Kau Kembali.

0 comments:

Post a Comment