![]() Kejutan kek birthday buat Pasha pada majlis lamaran Selepas Pasha bercerai semasa kumpulan Ungu sedang hot, banyak yang menanti mahu tahu siapakah yang bakal memikat hati duda anak tiga itu. Akhirnya selepas tujuh bulan mengenali hati budi sang kekasih, Adelia, tanggal 28 November lalu Pasha melamar pramugari itu untuk menjadi suri hidupnya. Apa yang ada dalam diri Adelia sehingga memikat Pasha yang sememangnya menjadi pujaan ramai wanita itu? ![]() Pasangan bahagia... "Kesederhanaan itu membuatkan Adelia nampak mahal," kata Pasha pasal bakal suri hidupnya itu. Mereka merancang bernikah Mac depan. Adelia, 21, juga menerima diri Pasha, 31, seadanya malah menerima hakikat Pasha sebagai seorang selebriti yang menjadi idola ramai orang. Dia juga sedia sekiranya harus menjadi suri rumah sepenuh masa selepas mereka menikah nanti. Nikah dalam pesawat? Pasha belum dapat memberitahu bilakah tarikh dia akan bernikah keana masih sibuk dengan acara bersama Ungu yang baru muncul dengan single baru. Yang pasti acaranya bakal diadalah Mac depan. Adakah pada tanggal 22 Mac sempena ulangtahun Adelia yang ke 22? ![]() Mengaminkan doa semoga bahagia Walaupun Pasha belum fikirkan pasal tema majlis pernikahan, bapanya inginkan anak lelakinya itu bernikah dalam pesawat memandangkan bakal menantunya itu seorang pramugari. "Saya pernah usulkan kepada Pasha dan Adelia untuk bernikah dalam pesawat sahaja. Bernikah, keliling dengan pesawat dan turun di Bandung lalu mengadakan resepsi di halaman Monas (Monumen Nasional)," kata Syamsuddin Said, bapa Pasha. ![]() Saat ketibaan di rumah Adelia bersama bapa |
Tuesday, December 14, 2010
Kesederhanaan Adelia pikat Pasha Ungu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment