Saturday, November 6, 2010

Wonder Girls terbukti seksi


WONDER GIRLS


BAIT-BAIT lagu yang rancak, gerak tari yang lincah dan berbekalkan wajah yang comel, kumpulan Wonder Girls terbukti bukan calang-calang wanita dalam dunia hiburan antarabangsa.

Kumpulan yang dianggotai lima gadis jelita dari Korea Selatan itu berjaya menduduki tangga ke-38 dalam senarai wanita paling seksi dunia.

Carta itu dikeluarkan oleh majalah FHM Singapura mengiktiraf jelitawan-jelitawan ternama dunia yang mampu mencairkan hati lelaki dengan penampilan paling menawan.

Wonder Girls yang terkenal menerusi lagu Nobody tergolong antara 100 nama yang berjaya merebut tempat dalam senarai tersebut.

0 comments:

Post a Comment