![]() |
|
PENYANYI dan pelakon, Irwansyah telah beberapa kali dikaitkan dengan wanita-wanita yang memiliki karakter yang berbeza-beza. Kini hati lelaki muda itu tersangkut dengan wanita yang tampak dewasa dan matang daripadanya. Wanita cantik yang dikaitkan dengan dirinya kini adalah Zaskia Sungkar, pelakon muda berusia 20 tahun yang terkenal melalui drama Terlanjur Cinta.
“Saya sudah berpasangan beberapa kali dan sekarang saya memilih seorang yang berfikiran lebih dewasa daripada saya. Saya sendiri merasakan pasangan saya sekarang lebih matang daripada kekasih-kekasih saya yang terdahulu,” ungkapnya tanpa selindung.
Irwan sendiri mengaku tidak ada masalah menjalin hubungan dengan perempuan lebih tua atau lebih muda, namun untuk pertimbangan masa depan, Irwansyah lebih senang memilih pasangan lebih muda.
“Sebenarnya santai sahaja tetapi kalau untuk jangka masa panjang, saya merasakan wanita lebih cepat tua daripada lelaki. Kalau boleh saya mahu berpasangan dengan wanita seusia atau lebih muda,” tegasnya.
Namun jika ditakdirkan berpasangan dengan yang perempuan lebih tua, ia tidak mendatangkan masalah buat Irwansyah. Bahkan jika nanti gadis lebih tua mengajaknya menikah dan sudah ditentukan Tuhan, dia tidak menolak.
“Kalau sudah jodoh, saya santai sahaja. Tidak jadi masalah tetapi sebaiknya, saya mahu yang lebih muda,”ujarnya lagi.
0 comments:
Post a Comment